Pengekodan Torah Lisan

Larangan menulis Torah Lisan

Hukum-hakam yang disampaikan kepada Moses terkandung dalam Torah yang tertulis pada skrol. Namun demikian, mengikut pengamat Torah Lisan, penjelasannya tidak boleh ditulis. Orang Yahudi diwajibkan menutur dan menyampaikan penjelasan secara lisan kepada pelajar, kanak-kanak, dan orang dewasa. Justeru, adalah dilarang menulis dan menerbitkan Torah Lisan.[26]

Berikutan pembinasaan Kuil Kedua dan kemusnahan Baitulmuqaddis, tampak nyata bahawa masyarakat Ibrani dan ilmu mereka diancam, dan penerbitan merupakan jalan yang satu-satunya dapat memastikan hukum-hakam dapat dipelihara.[27] Justeru, pada lebih kurang tahun 200 SM, sebuah redaksi undang-undang lisan dibuat. Tradisi atau pengisahan Rabai menyatakan usaha ini dibuat oleh Rabai Judah haNasi. Hasilnya, dikenali sebagai Mishnah dikira karya pertama penulisan Rabai.

Dalam tempoh 400 ratus berikutnya, himpunan hukum-hakam, legenda dan pengajaran etika ini mengalami proses perdebatan dan perbincangan yang dikenali sebagai Gemara (ulasan tentang Mishnah)[28] di dua pusat kehidupan Yahudi, Samaria dan Judea dan Babylon. Gemara dengan Mishnah disunting bersama dalam himpunan yang dikenal sebagai Talmud.

Banyak istilah undang-undang dan konsep yang diketemu dalam penulisan Rabai mempunyai leluhurnya dalam Dead Sea Scrolls ('Skrol Laut Mati'). Khususnya hakikat ini amat benar bagi Surat Halaka (Miqsat Ma'ase Ha-Torah) Gua Qumran.[29]

Ramifikasi hukum-hakam Yahudi

Hukum-hakam lisan menjadi asas hampir kesemua penulisan Rabai. Justeru ia terikat rapi dengan pengembangan Halakhah (himpunan lengkap hukum-hakam dan amalan Yahudi).[28] Justeru, kendatipun dikodkan, pentafsiran 'hukum-hakam lisan' juga diperlukan. Mahupun Hukum-hakam Lisan sudah tertulis selama 18 abad, ia mashi dikenali sebagai Torah she-be'al peh ('Torah lisan').

Halakha LeMoshe MiSinai

Istilah Halakha LeMoshe MiSinai, harfiah 'Hukum-hakam' [yang diberi] kepada Moses dari Gunung Sinai', digunakan dalam penulisan klasik Rabai bagi merujuk kepada hukum-hakam lisan yang dianggap sebagai wahyu, yang disampaikan kepada Moses bersama-sama Torah bertulis, tetapi tidak dimuatkan ke dalam penjelasan Torah Lisan berhubung dengan Torah bertulis. Ia dibezakan daripada Torah bertulis pada satu pihak, dan daripada dekri Rabai, adat resam, dan hukum-hakam buatan manusia lain pada pihak sebelah.

Satu contoh hukum ialah kemestian tefillin dicelup berwarna hitam.

Rujukan

WikiPedia: Torah Lisan http://people.ucalgary.ca/~elsegal/TalmudMap/MG/MG... http://hirhurim.blogspot.com/2005/11/onkelos-and-o... http://www.google.com/search?tbm=bks&tbo=1&q=%22du... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=1... http://www.tekhelet.com http://www.torahresource.com/EnglishArticles/Count... http://bennypowersisraeltours.wordpress.com/tag/mi... http://dailydaf.files.wordpress.com/2011/04/teffil... http://torahtourguide.wordpress.com/2012/03/19/sou... http://www.humboldt.edu/~kmb2/paper.html